NADI X Kesejahteraan Kendiri (Webinar)- Makan Banyak Ke sikit?Jom belajar cara kira makanan untuk turun berat
4 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2026, bermula pukul 10.30 pagi, tiga orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Kesejahteraan Kendiri iaitu Webinar Makan Banyak ke Sikit?Jom belajar cara makanan untuk turun berat.
Webinar ini memberi ilmu mengenai cara untuk turun berat badan. Untuk turun berat badan, yang penting bukan makan banyak atau sikit semata-mata tetapi mengawal kalori dan saiz hidangan, iaitu pastikan kalori yang diambil lebih rendah daripada yang digunakan oleh badan. Cara mudah ialah guna kaedah tangan atau pinggan sihat; separuh pinggan sayur, suku protein dan suku karbohidrat serta elakkan makanan bergoreng dan minuman manis. Anggaran ringkas sasaran kalori untuk turun berat ialah berat badan (kg)x25, contohnya 60kg=1500 kcal sehari. Dengan makan secara konsisten dan seimbang, berat badan boleh turun tanpa perlu berlapar atau mengabaikan kesihatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: